Jom Cuba Buat 'Ferrero Rocher' Homemade Untuk Raya Ini







Setiap kali pergi ke supermarket ataupun Guardian mahupun Watsons pasti akan dibeli Ferrero Rocher. Mungkin sekali sekala bolehlah beli tapi kalau setiap hari, mahu kopak beg duit. Kita sedia maklum dengan harganya yang agak mahal malah ferrero rocher boleh dikategorikan sebagai coklat ‘luxury’.


Anda pernah terfikir tak nak buat sendiri? Kalau ye, ini buah tangan untuk anda sebab kami baik hati nak kongsi resepi Ferrero Rocher. Buat sendiri boleh makan banyak kali. Yeayyyy!!!


Resepi 'Ferrero Rocher' Homemade

Bahan-bahan:
14 keping Biskut Susu atau Biskut Tiger
25g Krispies Rice atau Almond Nibs
200g Nutella
200g Coklat
25g Mentega


Cara membuatnya:

  • Kisar biskut sehingga halus dan masukkan ke dalam mangkuk besar. 
  • Campurkan Krispies Rice atau Almond Nibs dan Nutella ke dalam biskut yang dikisar tadi. Kacau sehingga sebati. 
  • Bulatkan adunan mengikut saiz yang dikehendaki menggunakan tangan anda. Biarkan selama satu jam. 
  • Cairkan coklat dalam ketuhar selama 30 saat. Keluarkan dan kacau. Masukkan semula coklat ke dalam ketuhar selama 30 saat lagi. 
  • Keluarkan dan masukkan mentega. Kacau lagi. 
  • Salutkan adunan tadi dengan cara celupkan ke dalam coklat cair dan letakkan di atas kertas pembakar. 
  • Selepas mencelup ke dalam coklat, anda boleh golekkan ke atas Almond Nibs. 
  • Sejukkan seketika selama 30 minit hingga 1 jam. 


Untuk lebih jelas, anda boleh lihat pautan video ini.


1 comment... add one now

Afif Rayyan Afif Rayyan June 24, 2016 at 9:16 AM
Wahhh.. menarik resepi nie.. wajib cuba nie