Lelaki Ini Tidak Benarkan Isterinya Berjalan Seorang Di Mydin Dan Ini Sebabnya



Semalam saya singgah ke Mydin bersama isteri, emak dan ayah. Isteri saya ingin membeli puting untuk si kembar. Katanya di Mydin ada yang sesuai. 

Badan saya agak kepenatan dengan siri pemanduan yang panjang dan bersambung-sambung. Tapi gagahkan juga menghantar beliau singgah untuk mendapatkan barang yang dihajati. 

Beliau keluar meninggalkan si kembar di bawah jagaan atuk dan nenek. Lagi pula mereka sedang tidur. Lagi pula, beli puting sahaja. Lagi pula tak sampai 10 minit pun.

Sedang beliau ingin keluar, saya pun turut keluar. "Eh! Tak apalah. Abang tunggu je dalam kereta. Saya pergi lari beli kejap," ujar isteri saya dengan bersungguh-sungguh.

"Tak apa. Abang temanlah. Bukan susah pun. Lagipun mak ayah ada dalam kereta jaga si kecil ni." Balas saya sporting dan baik.

"Tak apa. Abang rehat jerlah dalam kereta. Saya sorang pun boleh. Tak ada masalah," sebutnya lagi beriya ingin saya berehat.

"Dah, jom kita pergi," saya memimpin beliau dan berlalu ke dalam Mydin.

....

Dalam perjalanan pulang ke KL, isteri saya mengucapkan terima kasih banyak-banyak dan terharu kerana saya sanggup menemani beliau membeli barang baby walaupun saya penat.

...

Aku dah kena banyak kali dah. Pompuan ni, kalau dia kata tak apa, tak perlu, ok jer, dalam hati dia lain bro.

Sebab tu semalam saya gagahkan juga pergi teman. Dia punya 'tak apa' ada lain macam sikit. Mulut mungkin kata A, hakikatnya punca kuasa 2 + xy bahagi 300 bundarkan pada nombor terkecil dengan pecahan GST. Itu sifir pompuan.

...

"Alah, takde apa pun, biasa jer," ujar saya mulia membalas pujian isteri.

Isteri saya tak tahu yang saya nak balik rumah cepat. Kalau saya biar awak jalan sorang-sorang dapat ke 10 minit? 2 jam setengah belum tentu datang semula ke kereta. Ni Mydin bro! Mydin!

Mengapa bayar lebih? Belilah dengan harga borong!

ikhlas,
Lutfi Lokman
Sentiasa terbayar lebih

1 comment... add one now

CHACHA ANNAH CHACHA ANNAH August 30, 2015 at 9:28 AM
5 Gambar Menyusukan Anak Paling Kontroversi! KLIK SINI

Gambar artis tidak suka memakai pakaian dalam KLIK SINI

Detective Conan PARODY KLIK untuk Tonton